Pages

Sunday, January 23, 2011

Pengalaman pertama memancing naik bot fibre kat Lukut 11 Januari 2011



Tak sabar rasanya nak memancing naik bot.Ikutkan plan yang pertama nak pergi kat Sabak Bernam tapi memandangkan tekong dah sound ada ribut sebab angin barat daya so tak jadi lar pergi sana.

Trip kali ramai pergi..Ahli ahli pemancing tegar kali nie ialah aku,Botak(Mohd Fitry Ramly),Shahizam,Zizie,Pulut(Huzaidi) ngan Tun.Pagi tu Tun dah merajuk sebab bebudak nie lambat termasuk ar aku...sebab mulanya nak pergi ke Sabak Bernam so nak kena bertolak pukul 5 pagi tapi sebab si zam tak bagi tau kat dia ada tukar plan so dia dah bangun awal daa...huhuhu...so kitaorang bergerak dalam pukul 7.30 pagi selepas berkumpul kat Carrefour Seri Petaling.Sebab masing masing tak makan lagi so kitaorang pun berhenti breakfast kat R&R Seremban..masing masing melantak lapar kecuali pulut makan roti dengan gaya seorang nelayan...hahahaha..

So tepat pukul 8.30 kitaorang sampai kat Lukut dan terus punggah barang naik bot dengan tak sabar nya.Ombak besar jugak pagi tu jadi tau ajae ar bila nak ke destinasi tu beralun alun ar sebab naik bot fiber..Sampai jer destinasi dah masing masing badan tak sedap...Kenapa...??ada kena virus ke masing masing??ataupun kena sindrom cirit birit???..Rupanya masing masing yang lagak cam Batman yang perkasa sudah di landa mabuk laut daa termasuk aku...Tapi aku gagahkan diri gak sebab dari jauh datang nak memancing..Mula mula botak yang start muntah pastu aku dan yang lain lain masuk ikut waktu yang sewaktu dengannya lar...Tun control macho dengan tidur...heheheh..semua taktik ar tu.Camana pun trip pengalaman kali ini kira ok ar...harapan nak dapat ikan besar tak dapat sebab lagi pun arus laju hari tu peralatan pun tak cukup sebab tak jangka keadaan macam nie.

Si zam patut dapat ikan besar tapi dah member control hensem ikan dah bawak lari sampai tali habis langsung putus...hahahhaha..Tekong kitaorang nama si Nizam..ok ar mamat nie rajin giler kalau takder ikan kita pun pindah tempat lain.So kat sini aku paparkan gambar ngan video bebudak nie yang dah flat kena sunburn cam udang kena bakar + mabuk laut lagi.Next trip 15 Febuari 2011 kat Sabak Bernam ..Kali nie naik bot kayu harap dapat ikan besar dapat ar kongsi kat sini..

Pulut tengah bersemangat dengan memasang joran dalam  perjalanan

Tun pengalaman pertama memancing dengan zizie kat belakang

Muka sebelum mabuk laut...hahhahaha





No comments:

Post a Comment