Pages

Sunday, December 26, 2010

AFF Suzuki Cup Final 1st Leg Malaysia vs Indonesia Highlights

Tanggal 26 hb adalah tarikh di mana pasukan bolasepak Malaysia telah membuat sejarah di mana Malaysia menewaskan Indonesia 3 - 0.Stadium penuh sesak dengan para penyokong di mana saya sendiri sukar mendapat tempat untuk melihat kerana rata rata semua nya penuh dengan penyokong yg bersemangat untuk menyokong Malaysia.

 Saya juga bersemangat sehingga tidak sedar bahawa saya telah tiba di tempat duduk penyokong indonesia.Itu pun saya sedar setelah mereka melaungakan nama Indonesia , apalagi saya pun terus cabut lar..Demi memberi sokongan kepada Pasukan Malaysia saya sanggup memanjat pagar(tapi tiket ada ar...hehehhe) dan akhirnya saya baru mendapat tempat atau spot yg cantik untuk tengok perlawanan walaupun perlawanan dah bermula lebih kurang 20 minit...Tapi kepuasan melihat pasukan Malaysia membelasah Indonesia sebanyak 3- 0 memang berbaloi..Bravo Malaysia!!!Teruskan tahap prestasi yang amat cemerlang..Kalo pemain tu STAR pun tapi kalau tak ada team work atau pun tiada semangat asyik ingat duit jer baik tak payah...Bravo to K.Rajagopal kerana berjaya mencari bintang muda yang lebih bersinar..Inilah corak perlawanan yang saya nantikan untuk pasukan Malaysia terasa macam tengok Manchester United main pulak....Once Again Bravo To Malaysia...


Saturday, December 18, 2010

Axe Commercial...Giler Hot...

Patut ar iklan dia kat Malaysia pun sexy giler....






Viagra Commercial...








Friday, December 17, 2010

Thursday, December 16, 2010

Kung Fu Panda 2 The Kaboom of Doom Released 2011








Transformers 3 Dark of the Moon Trailer - Official (HD)



Tron: Legacy Trailer Launcing 16 December





Hari nie launching TRON:LEGACY.Aku pergi tengok ngan family tengok 3D version.
Cerita ok takat ok jer lar...Maksudya kalo tengok ada ngantuk sikit ar tak ada yang membuatkan cerita nie menarik cuma ianya adalah satu memori masa aku budak kecil dulu jadi kena tengok version moden..hahahha..Rating dari sepuluh aku bagi 7 star,,Dari segi 3D amat menghampakan...tak nampak banyak 3D jadi macam membazir jer tengok 3 D ...Recommendation just tengok normal version saja kalo tak nanti korang kecewa.

AFF Suzuki Cup Semi Final 1st Leg Malaysia vs Vietnam Highlights

Pirates Of Carribean 4 : Stranger Tides Official Trailer


Monday, December 6, 2010

Akademi Fantasia Musim Baru

Starring   :   Diana Khadijah

Co- Star :   Muhammad Kholiq Saifullah
                  Umar Mursyidi

Ini ialah siran akademi fantasia yang terbaru.Banyak lagu lagu baru di pertandingkan yang dinyanyikan oleh Diana.Abang abang dia Umar  dan Kholiq telah menjadi back up singer dalam musim terbaru ini.Diharap para penonton terhibur dengan musim baru yang di nantikan...


Fitry Merasa Bekam (Couping)

Starring:        Mohd Fitry Ramly
                    Haji Shukor

Cameraman: Aku ler..hahhaha

Hari tu ada lar badan aku rasa cam tak best sikit lar.Buat kerja pun tak sedap jadi cam biasa lar ada ar berfikir nak bagi release sikit stress bagi badan rasa sedap sikit.Dalam duduk termenung jap tu baru ar teringat dah lama tak pergi bekam jadi aku pun ajak ar pergi bekam.Jadi selepas kerja kitaorang pun pergi bekam kat satu tempat nie dekat Jalan Kuari.Nama pakcik nie Haji Shukor kalau nak contact dia buleh takde hal nombor telefon dia 0192588900 sebab kalo korang nak tanya jalan baik korang telefon dia terus lagi senang.

Tujuan berbekam nie ialah kita keluarkan darah kotor dengan angin supaya badan kita rasa sedap sikit.Kalau tak salah aku ini amalan nabi masa zaman dulu kala dan tak buleh buat hari selasa pantang larang dia atas alasan apa aku pun tak tahu..hahahhaha..Ok..Haji Shukor nie ada banyak buat jenis perkhidmatan termasuk resdung dan mengurut.Harga korang telefon sendiri.Jadi kat sini aku mengambil peluang ini untuk kongsi ngan korang semua.Tak mahal kitaorang kena pun dalam RM 30.Pelakon utama dia macam biasa ar si Fitry sebab cameraman tak buleh nak rakam diri sendiri jadi terimalah tayangan perdana FITRY KENA BEKAM tayangan di musim cuti sekolah.


Awal process...kasi pump kuat sikit haji...

Nie kasi sedut angin keluar dulu..

Nie dah start ada darah...erghhh!!!

Sempat posing lagi tu...

Banyak giler darah cam air coke jer...









                                                                                                                                                              

Saturday, December 4, 2010

Fitry Si Botak Mancing Ikan..

Banyak orang banyak ragam dan banyak citarasa.Begitu jugalah dengan hobi.Hobi saya sebenarnya suka memancing..Ramai orang tak suka dengan hobi ini sebab apa ramai yang kata membosankan sebab kena tunggu lar...kena sabar lar dan banyak lagi kena sampai kekadang kita nie terkena...hahahahhah
Sebut pasal orang tak suka nie tu sebab saya nak menceritakan satu kisah member aku nie .Nama dia Fitry gaya  ala castello ganas memang ganas cam kucing sebab orang rumah dia suka kucing.Al maklum lah satu hari aku ngan shahizam ,Tun semua nak pergi memancing sekali dengan sepupu Tun si Zizie.

Si zizie nie lar yang tunjuk kitaorang pot baik nie kat belakang desa waterpark.Kat sini semua air ikan tawar tapi macam macam jenis ikan ada dan saiz tak kira kecik atau besar walaupun kolam nie kecik.Memang puashati memancing kat sini sebab satu jam RM10 jer kalau member RM 7 kalau tak silap ar.Jadi nak di jadikan cerita member aku si Fitry nie pun nak ikut sebab boring dia kata.Memang hari tu luck kitaorang lar kira tuah ar sebab hari tu memang banyak ikan kitaorang dapat.Nak dijadikan cerita member aku si Fitry nie tak pernah pun memancing so bila kitaorang dapat banyak ikan dia punya feeling pun nak dapat ikan pun membuak ar..Akhirnya aku pun dapat seekor ikan tapi kali nie aku bagi si Fitry nie try bawak naik ke atas..Kita tengok gaya dia dalam video kat bawah nie angkat ikan 30 kilo hahahaha...


             
                                         


Piala Malaysia Kelantan Vs Negeri Sembilan

Aku...selepas pengadil tiup wisel..hahahah


Mohd Fitry Ramly penuh bergaya..hehehehe

Alang alang bergambo jap kat luar stadium



Walaupun ianya dah berlalu , tapi ianya menjadi kenangan bagi aku ngan geng member member aku.
Walaupun kitaorang nie asalnya dari Negeri Sembilan tetapi disebabkan kemeriahan penyokong Kelantan di stadium yang tak dapat di nafikan telah menyebabkan kami menyokong Kelantan.Pati geng geng aku marah kalau dapat tahu aku sokong Kelantan.Memang saya menyokong pasukan Kelantan sejak 2 tahun lepas kerana semangat para penyokong menyebabkan perlawanan bola itu menjadi bermakna.Terus terang saya katakan sudah lama bola sepak di Malaysia ini tidak meriah tetapi di sebabkan para penyokong Kelantan yang tak kunjung penat dalam memberikan sokongan terhadap pasukan mereka yang menyebabkan bola sepak mula hidup kembali setelah sekian lama.

Bayangkan jika permainan bola sepak tidak di hadiri oleh para penonton,tidak kiralah pasukan mana pun tetapi jika tiada penonton walaupun Real Madrid atau Barcelona pun yang main pasti permainan bola itu tidak menarik kerana kehilangan kemeriahan perlawanan.

Saya pergi melihat perlawanan yang di nantikan bersama teman saya Mohd Fitry Ramli bersama ngan abang dia Mat dan kawan nya.Terima kasih kepada bapa Fitry kerana dia kami dapat melihat perlawanan akhir Kelantan vs Negeri Sembilan.Amat dukacita pihak polis dan juga rela serta se angkatannya apabila kami tiba dengan tiket grandstand kami tidak dibenarkan masuk.Kelihatan orang berasak asak hendak masuk tetapi pintu telah di tutup menyebabkan kemarahan orang ramai yang sudah pun membeli tiket tetapi tidak dapat masuk kedalam stadium.Situasi sebegini sepatutnya dapat di elakkan dengan meletakkan papan tanda di pintu masuk bahawa di sini adalah tempat masuk tiket grandstand kerana ra,mai orang tak sedar bahawa mereka ingat tiket biasa pun buleh masuk dan semua pintu adalah sama yang menyebabkan mereka meluru ingin masuk di tempat grandstand.Tetapi tidak mengapalah cuma bila beresak sebegini kesian kepada budak budak di himpit dan akhirnya menyebabkan orang pengsan ketika itu.

Apabila sudah masuk saya dan geng apalagi bersorak sakan.Separuh masa pertama persembahan Kelantan memang hambar asyik menunggu bola dan selalu membawa bola bersendirian dan akhirnya membawa kepada penalti dan Negeri sembilan mendahului dengan 1-0 jaringan penalti.Satu stadium mengamuk penuh air di buang ke dalam stadium.Nasib Baik kitaorang berteduh di bawah grandstand jadi xder ar kena mangsa baling air..hahahaha..Separuh masa kedua memang penuh aksi dan dramatik setelah Kelantan mendapat gol penyamaan.Sorakan pasukan Red Warrior yang menguasai 3 per 4 stadium begitu gamat dan bertambah hangat apabila mendapat gol kemenangan.Para penyokong red warrior bukan saja melaungkan gomo kelate gomo tetapi Hoben Jang Hoben sebagai sindiran kepada penyokong Negeri Sembilan.

Bagaimana pun ianya adalah perlawanan sihat kerana tiada pergaduhan antara penyokong setelah tamat perlawanan dan itu yang penting.Semangat kesukanan perlu ada di mana adat resam menang dan kalah adalah menjadi adat pertandingan.