Pages

Saturday, December 4, 2010

Piala Malaysia Kelantan Vs Negeri Sembilan

Aku...selepas pengadil tiup wisel..hahahah


Mohd Fitry Ramly penuh bergaya..hehehehe

Alang alang bergambo jap kat luar stadium



Walaupun ianya dah berlalu , tapi ianya menjadi kenangan bagi aku ngan geng member member aku.
Walaupun kitaorang nie asalnya dari Negeri Sembilan tetapi disebabkan kemeriahan penyokong Kelantan di stadium yang tak dapat di nafikan telah menyebabkan kami menyokong Kelantan.Pati geng geng aku marah kalau dapat tahu aku sokong Kelantan.Memang saya menyokong pasukan Kelantan sejak 2 tahun lepas kerana semangat para penyokong menyebabkan perlawanan bola itu menjadi bermakna.Terus terang saya katakan sudah lama bola sepak di Malaysia ini tidak meriah tetapi di sebabkan para penyokong Kelantan yang tak kunjung penat dalam memberikan sokongan terhadap pasukan mereka yang menyebabkan bola sepak mula hidup kembali setelah sekian lama.

Bayangkan jika permainan bola sepak tidak di hadiri oleh para penonton,tidak kiralah pasukan mana pun tetapi jika tiada penonton walaupun Real Madrid atau Barcelona pun yang main pasti permainan bola itu tidak menarik kerana kehilangan kemeriahan perlawanan.

Saya pergi melihat perlawanan yang di nantikan bersama teman saya Mohd Fitry Ramli bersama ngan abang dia Mat dan kawan nya.Terima kasih kepada bapa Fitry kerana dia kami dapat melihat perlawanan akhir Kelantan vs Negeri Sembilan.Amat dukacita pihak polis dan juga rela serta se angkatannya apabila kami tiba dengan tiket grandstand kami tidak dibenarkan masuk.Kelihatan orang berasak asak hendak masuk tetapi pintu telah di tutup menyebabkan kemarahan orang ramai yang sudah pun membeli tiket tetapi tidak dapat masuk kedalam stadium.Situasi sebegini sepatutnya dapat di elakkan dengan meletakkan papan tanda di pintu masuk bahawa di sini adalah tempat masuk tiket grandstand kerana ra,mai orang tak sedar bahawa mereka ingat tiket biasa pun buleh masuk dan semua pintu adalah sama yang menyebabkan mereka meluru ingin masuk di tempat grandstand.Tetapi tidak mengapalah cuma bila beresak sebegini kesian kepada budak budak di himpit dan akhirnya menyebabkan orang pengsan ketika itu.

Apabila sudah masuk saya dan geng apalagi bersorak sakan.Separuh masa pertama persembahan Kelantan memang hambar asyik menunggu bola dan selalu membawa bola bersendirian dan akhirnya membawa kepada penalti dan Negeri sembilan mendahului dengan 1-0 jaringan penalti.Satu stadium mengamuk penuh air di buang ke dalam stadium.Nasib Baik kitaorang berteduh di bawah grandstand jadi xder ar kena mangsa baling air..hahahaha..Separuh masa kedua memang penuh aksi dan dramatik setelah Kelantan mendapat gol penyamaan.Sorakan pasukan Red Warrior yang menguasai 3 per 4 stadium begitu gamat dan bertambah hangat apabila mendapat gol kemenangan.Para penyokong red warrior bukan saja melaungkan gomo kelate gomo tetapi Hoben Jang Hoben sebagai sindiran kepada penyokong Negeri Sembilan.

Bagaimana pun ianya adalah perlawanan sihat kerana tiada pergaduhan antara penyokong setelah tamat perlawanan dan itu yang penting.Semangat kesukanan perlu ada di mana adat resam menang dan kalah adalah menjadi adat pertandingan.





No comments:

Post a Comment